Kenali SEDESA :)

Zakiah Binti Isa .
Pengetua SMK Taman Desa

                Sejarah SMK Taman Desa (sedesa)





SEJARAH SEKOLAH
 Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa mula ditubuhkan pada Oktober 2001.Namun demikian, sekolah ini mula beroperasi pada 1 Januari 2002.Bilangan warga pendidik pada tahun 2002 ialah seramai 20 orang dan dibantu oleh 4 orang kakitangan.Bilangan pelajar pula hanyalah seramai 251 orang.Pelajar-pelajar terdiri daripada pelajar peralihan dan tingkatan satu sahaja.Pada tahun 2003, bilangan pelajar bertambah kepada 660 orang.Pelajar-pelajar terdiri daripada peralihan, tingkatan satu,dua dan empat.Menjelang 2004, pelajar SMK Taman Desa telah mencecah ke angka 1219 orang.Pertambahan ini merangkumi pelajar-pelajar daripada peralihan hingga tingkatan lima, manakala bilangan guru-guru pula seramai 65 orang dan lapan orang kakitangan pejabat.

BANGUNAN SEKOLAH

SMK Taman Desa mempunyai empat blok utama iaitu Blok A,B,C dan D.Setiap Blok mengandungi bilik darjah dan bilik-bilik khas.Blok A merangkumi pejabat,Bilik Gerakan,Bilik Kaunseling,Bilik Peperiksaan,Surau dan selebihnya adalah bilik-bilik darjah.Blok B pula merangkumi Dewan,Bilik Guru, Pusat Sumber, Bilik Tayangan, Bilik Sejarah dan Geografi, dan bilik-bilik darjah.Seterusnya blok C merangkumi Makmal Sains,Makmal Komputer,Makmal Bahasa,Bengkel Kejuteraan dan bilik-bilik darjah.Akhir sekali, blok D yang merangkumi Bengkel Kemahiran Hidup,ERT,Bilik Seni dan bilik-bilik darjah.



Tapak perhimpunan SEDESA
Taman Sains , Blok D SEDESA











     Maksud Lencana Sekolah
      



  • TANGAN DAN TANDA RIGHT
Melambangkan setiap apa yang dilakukan jika mengikut lunas yang betul akan menjamin kepada kecemerlangan diri

  • BUKU,PEN,DAKWAT DAN KOMPUTER
Melambangkan bahawa ilmu perlu dituntut tidak kira di mana jua dan dalam apa jua keadaan.Persediaan dalam menghadapi dunia berinformasi dan teknologi juga perlu diterapkan dalam setiap warga pendidikan.

  • SKROL DAN IJAZAH
Melambangkan bahawa matlamat dan objek yang realistik perlu ada bagi manyahut cabaran dan wawasan yang ditetapkan.



klik pautan ->                         Visi , Misi dan Falsafah SMK Taman Desa (SEDESA)










Lagu Sekolah SEDESA



Bersama warga SMKTD
Sentiasa cekal dan harmoni
Setia kepada perlembagaan kita
Agama dan negara
Tekun usaha sepanjang masa
Yakin diri untuk berjaya
Hindari segala yang buruk padahnya
Ilmu harus utama
Berdisplin, berwawasan,dedikasi
Wacana ikrar kami 










Terima kasih kerana membaca ☺ Sila lah like kalau anda suka
Share

Widgets

Blogger template 'Purple Mania' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP