TIPS UNTUK CEMERLANG ! *mari baca



Assalamualaikum wbt dan salam satu Malaysia kepada semua pengunjung blog sedesa :)
kali ini , sedesa ingin memberikan beberapa tips untuk pelajar pelajar yang bakal menghadapi
peperiksaan yang penting seperti PMR , SPM dan STPM .
tahniah diucapkan kepada para pelajar yang telah pun menduduki UPSR pada minggu lepas .

sekarang ini , calon calon SPM sedang menghadapi percubaan bukan ?
mungkin anda juga memerlukan tips tips seperti ini .
diharap supaya tips tips yang diberikan dapat membantu sedikit sebanyak .

mari kita lihat , apakah tips tips tersebut :-


  1. Membuat persediaan awal .
- Pasti kebanyakkan pelajar sudah tahu benda ni bukan ? persediaan awal ni sangat penting . contohnya ,  
  kalau kita nak kahwin , boleh kah kita membuat perancangan 2 hari sebelum majlis ?
  tidak boleh kan . sama lah juga dengan peperiksaan . ianya satu penentu masa depan kita .
   kita tidak boleh buat pada saat saat akhir . jadi , buat lah persediaan yang awal sebelum peperiksaan  
  menjelang :)
-Pastikan tidur anda tidak terganggu dan sentiasa cukup supaya anda dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya semasa belajar di sekolah mahu pun di rumah .
-Pastikan anda sentiasa bersedia . tidur awal (malam sebelum exam) dan pastikan bangun awal  supaya anda tidak tergopoh gapah . ingat . kekacauan menjanjikan seribu masalah .
mana tahu terlampau terburu buru kemudian tertinggal alat tulis , terjatuh dan sebagainya .
siapa tahu kan :)

   2.  Banyak mengingat dan membuat kaitan
-Mengingat ataupun Menghafal sangat penting di dalam pembelajaran . tanpa mengingat ,
bagaimana kita nak jawab peperiksaan kan ? kalau anda jenis pelajar yang susah untuk mengingat ?
tidak mengapa . berusaha . usaha itu kan tangga kejayaan ☺

  3. Tumpuan sepenuhnya
-Berikan tumpuan sepenuhnya sama ada sewaktu PNP dijalankan atau pun sewaktu
sedang belajar di mana mana . Bayangkan jika kita membuat karipap tetapi lupa untuk mengisi inti di dalamnya, sedap ke karipap tu ? tak sedap kan ? jadi , sama lah dengan memberikan tumpuan .
kalau kita duduk di dalam kelas , belajar bersama kawan kawan tetapi jika kita
tidak memberikan tumpuan , sama sahaja dengan kita membuat karipap tanpa inti .
jadi , berikanlah tumpuan yang sepenuhnya semasa belajar ☺

-Lupakan sejenak minat minat yang tidak penting . contohnya seperti FACEBOOK  , ataupun
perkara perkara lain yang tidak berfaedah . Sesetengah perkara mungkin berfaedah tetapi harus tepat
pada waktunya .

  5.Berdoa dan Bertawakal .
-Kepada yang islam , banyakkan berdoa kepada Allah . Jika anda sudah membuat perkara perkara di atas ,
apa yang perlu anda lakukan seterusnya adalah Tawakal . Setelah berusaha , kini hanya DIA yang berhak menentukan kejayaan kita ☺
-Kepada yang bukan islam , jangan risau . setiap penganut agama mempunyai cara untuk berdoa kepada Tuhan mereka mengikut ajaran agama masing masing .

  6.Meminta Maaf kepada kedua ibu bapa dan orang sekeliling.
-Restu adalah perkara yang paling penting . sebelum menghadapai peperiksaan ,
amat lah digalakkan untuk meminta maaf kepada ibu bapa , guru guru serta rakan rakan supaya
ilmu akan lebih diberkati dan mudah mudahan akan lebih tenang semasa menjawab peperiksaan .


itu lahh antara tips tips yang dapat dikongsikan kepada semua pelajar :)
semoga tips yang diberikan dapat membantu pelajar untuk berjaya .
Jumpa lagi di entry yang akan datang ☺
insyaAllah ^_^


"Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang."


Terima kasih kerana membaca ☺ Sila lah like kalau anda suka

0 comments:

Share

Widgets

Blogger template 'Purple Mania' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP