Dadah Durjana



credits : google


APA ITU DADAH ? 

Dadah adalah apa juga bahan kimia asli atau tiruan, apabila dimasukkan ke dalam tubuh, boleh mengubah keadaan badan, perasaan dan kelakuan pengguna.
Ubat digunakan oleh doktor-doktor untuk merawat penyakit­penyakit, tetapi dadah adalah racun yang boleh menyebabkan penyakit dan penagihan, ataupun maut.



PENGGUNAAN DADAH

Penggunaan dadah adalah kemasukan dadah ke dalam tubuh badan dengan apa cara sekalipun (makan, telan, minum, hisap atau suntikan).


PENAGIHAN DADAH


Penagihan dadah dikenali sebagai bergantung dengan dadah.
Penagihan dadah bermula apabila seseorang itu mula dengan bahan tersebut. Contohnya:
  • Memerlukan dos yang lebih tinggi untuk mencapai kesan yang diingini
  • Mula menunjukkan sifat-sifat ketagih apabila penggunaannya dihentikan
  • Terpaksa meningkatkan jumlah dadah yang lebih banyak.

Penagihan dadah juga membuatkan si penagih hilang kawalan . Penagih 
akan sentiasa berusaha untuk mecari wang untuk membeli dadah.
Oleh hal yang demikian , penagih terdorong untuk melakukan

perkara perkara jenayah seperti mencuri , merompak , menyamun dan sebagainya.

ANTARA ISTILAH ISTILAH YANG PERLU ANDA TAHU 


Dadah Psiko aktif
Mempunyai kesan terhadap tingkah laku dan kesedaran
Contohnya; valium, ganja.

Dadah bukan Psiko aktif
Tidak memberi kesan terhadap tingkah laku. Kurang kesan ketagihan.

Pergantungan
  • Keinginan fisiologi dan psiko logikal pada dadah untuk mendapatkan keseronokan dan mengelakkan rasa ketagih
  • Dalam pergantungan fisiologi, ia menjadikan pemikiran, emosi dan perlakuan tertumpu kepada dadah setiap masa
  • Dalam pergantungan fizikal, kesan dadah seperti kegembiraan melampau akan mewujudkan keinginan yang melampau kepada dadah tersebut
  • Gian pula akan mewujudkan perasaan negatif dan ini akan menyebabkan penagih perlu mengambil dadah kembali bagi mengelakkan perasaan negatif tersebut
Gejala Penarikan
Satu sindrom fizikal dan psiko logikal yang negatif akibat pemberhentian penggunaan dadah dengan mendadak.

Lali
Memerlukan jumlah dos yang tinggi untuk mendapatkan kesan psiko logikal yang sama.


PUNCA REMAJA TERJEBAK DENGAN DADAH


  • Ingin mencuba
  • Terikut-ikut
  • Amalan budaya
  • Suasana semasa. Contohnya; perang / kelab malam
  • Tekanan / cabaran dalam kumpulan
  • Bagi tujuan merawat
  • Meningkatkan kawalan diri dan prestasi

ANTARA JENIS JENIS DADAH YANG SERING DISALAHGUNAKAN


Opium / candu
  • Morfin, Heroin – euphoria, painkiller
    • Melahirkan rasa euforia dan penahan sakit
    • Euforia, ubat tahan sakit
Perangsang
  • Kokain, Amfetamina -
    • Euforia, berkeyakinan
Penenang
  • Anxiolytics / Anti-anxiety drugs – Benzodiazepines
    • Benzodiazepines
Halusimogen – Psikedelik (Warna-warna terang dan berkilauan)
  • Kanabis / Marijuana / Hashish / Ganja / Weed
  • LSD – lysergic asid diethylamide, asid
Nikotin / Tembakau
  • Terangsang dalam dos yang kecil
Alkohol – agen kemurungan
  • Terangsang pada dos yang rendah tetapi terencat bila mengambil dos yang berlebihan
Kanabis / Marijuana / Hashish / Ganja / Weed
Hidu (Inhalants / Solvent) – Menghidu gam atau petrol
Lain -lain – daun ketum


TANDA DAN GEJALA SESEORANG ITU MENGAMBIL DADAH

  • Resah, gelisah
  • Prestasi kerja atau akademik yang merosot
  • Mencuri wang atau apa saja sama ada di rumah, sekolah atau di tempat kerja
  • Perubahan sikap secara mendadak seperti tabiat makan, tidur dan aktiviti harian
Perubahan emosi secara tiba-tiba
  • Bercakap merepek
  • Mengabaikan penampilan diri
  • Menghindari kawan biasa yang tidak mengambil dadah
  • Berkelakuan mencurigakan seperti menghabiskan banyak masa di bilik air atau bilik tidur dan rasa curiga yang keterlaluan kepada yang lain
  • Kelihatan letih, penat dan mamai

KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH
Kesan penyalahgunaan dadah yang berterusan akan merosakkan:
  • Kebersihan dan kesihatan diri
  • Kesihatan mental
  • Prestasi pelajaran
  • Hubungan sosial
  • Status kewangan
Penyalahgunaan dadah akan lebih merumitkan bila ia melibatkan:
  • Penggunaan pelbagai jenis dadah
  • Aktiviti jenayah
  • Kaum keluarga
  • Masalah perubatan
  • Masalah psikiatri
  • Kanak-kanak dan remaja (umur kurang 18 tahun)


RAWATAN
Ketagihan adalah bersifat psikologi. Mereka yang telah kronik dalam penyalahgunaan dadah sukar disembuhkan. Pertolongan dari mereka yang profesional amat diperlukan. Rawatan untuk ketagihan boleh didapati di hospital, klinik atau Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Rawatan termasuk:

Detoksifikasi
  • Menghilangkan kesan dadah di dalam badan
Terapi kelakuan
  • Menggalakkan sikap yang baik dan menghilangkan rasa pergantungan
Kaunseling – Memberi motivasi dalam menangani masalah dadah dan kembali menagih
Terapi penggantian dadah
  • Memaksimumkan keadaan bebas dadah semasa proses pemulihan
  • Methadone – Ketagihan ubat penenang
  • Nikotin – Ketagihan rokok




APAKAH YANG BOLEH MEMPENGARUHI PERMULAAN ATAU PENYUDAH TABIAT PENYALAHGUNAAN DADAH?

  • Status sosioekonomi
  • Pengaruh rakan sebaya
  • Pengaruh ibu bapa
  • Motivasi untuk berjaya / takut pada kegagalan
  • Pengasingan sosial

APAKAH YANG MEMBANTU SESEORANG ITU BERHENTI MENAGIH DADAH?

  • Percaya diri sendiri
  • Berkemahiran menyesuaikan diri
  • Berkemampuan bangkit dari kegagalan
  • Berkeupayaan mengasah kekuatan diri
  • Menghargai kesihatan
  • Membina minat dan aktiviti yang baru
  • Matang dalam fikiran
  • Sokongan berterusan daripada keluarga
Seseorang itu perlu mendapatkan:
  • Latihan menjadi afektif
  • Sokongan masyarakat sekitar
  • Pembangunan kerohanian diri


Terima kasih kerana membaca ☺ Sila lah like kalau anda suka

0 comments:

Share

Widgets

Blogger template 'Purple Mania' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP